Thursday, May 27, 2010

Noktah Bidayah ; Langkahku bermula di sini- Halaqoh Cinta-NYA

Bismillahirrahmanirrahiim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, lafaz syukur yang tidak jemu dan sememangnya hanya untukNYA, kerana DIA masih lagi memberi peluang kepada kita semua untuk sama-sama mengkoreksi diri, muhasabah iman dan amal, mengatur langkah seterusnya untuk menjadi Hamba Yang Rabbani...insyaAllah. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , keluarga baginda dan para sahabat/sohabiah r.a. Jangan jemu pasakkan azam tekadkan matlamat untuk menjejaki sirah unggul mereka - Generasi al-Quran Yang unik -.

Buat semua mujahid / mujahidah kebanggaan Agama sekalian,

Kita hanya akan mulia dan tinggi dengan Iman dan Islam yang berpasak dihati dan dibumikan dalam kehidupan kita.

" Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman"       Surah Ali-Imran : 139

Sampai bila kita hanya ingin mengeluh dan merintih dengan kehidupan yang tidak membahagiakan kita,  padahal Allah SWT telah tentukan yang terbaik, cuma kita yang perlu mengkoreksi diri. 

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri" Surah Al-Ra'd : 11

Sudah banyak teori kita dengar di sana sini, sekaranglah masanya untuk kita bangkit memperbaiki diri, mencipta arus perubahan dan melangkah dengan kefahaman yang jelas. 

***************



Secebis perkongsian

Di sinilah langkah ana bermula - KUIS - Bumi yang menyaksikan perubahan yang menbentuk diri ana sekarang. Walaupun pada masa itu ana dah nak masuk final year tapi segala-galanya belum terlambat. Halaqoh cinta-NYA yang setiap minggu ana hadiri di Masjid Al-Azhar KUIS telah membuka dimensi baru dalam hidup ana. Seorang murobbi ana tidak jemu berpesan pada diri ana, " ukhti fillah, if kita nak kebahagian terlakar dalam hidup kita, kitalah yang kena mencetuskan dan memulakan kebahgian itu, jangan mengharap tapi mulakan kerana Allah SWT setiap saat bersamamu" . Ya...kemanisan ukhuwwah itu ialah pada memberi. Lantas ana bangkit untuk merealisasikannya biar apapun dugaan dan cabaran yang datang. Halaqoh cinta-NYA telah memberi impak yang besar dalam perubahan diri ana. Bagi ana jika kita ingin melakukan perubahan azam dan tekad yang kuat, kita kena bergerak untuk membumikannya. Carilah majlis-majlis ilmu yang mendidik jiwa, meningkatkan iman dan menambahkan kefahaman lantas membawa diri kita untuk melakukan anjakan paradigma dengan noktah bidayah yang betul iaitu - Aku Ingin Bewrubah Kerana Allah SWT - dan istiqomahlah.

Ayuh syabab dab fatayat sekalian....

Kita ayunkan langkah perubahan, bila lagi?, Dari mana harus dimulakan?, untuk apa kita lakukan?, dan kerana siapa?... marilah sama-sama kita koreksi diri, tadah tangan, tanyalah IMAN. Islam memerlukan syabab dan fatayat yang mempunyai Himmah yang membara dan Iradah yang tinggi

Jadi, jom kita persiapkan diri kita. Para sahabat / sohabiah di zaman Rasul s.a.w telah membumikanya, kita?...bila lagi.

Apa yang penting...KERJASAMA.

Ya...kerjasama untuk kita lakukan perubahan ini, kerana perubahan yang ingin kita lakukan bukan sahaja perubahan untuk diri kita, keluarga kita, tapi perubahan yang melibatkan UMMAH!

UMMAH hari ini amat memerlukan dan amat menanti huluran dan pautan tangan-tangan yang IKHLAS daripada Murobbi-murobbi yang kuat IMAN dan jelas FIKRAH/ kefahamannya terhadap Islam yang kita anuti pada hari ini. Jangan biarkan UMMAH berada dalam dilema.

Jadi sahabat semua-di sinilah langkahku bermula-Halaqoh cintaNYA- Mujahidah sekalian pula bagaimana?
Jom sama-sama kita menambahkan ilmu, meningkatkan kefahaman dan membumikan ukhuwwah islamiah. Ukhuwwah - nikmat kedua tersebar setelah Iman -

" Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia sungguh-sungguh" Saidina Umar Al-Khattab

Peringatan buat diri ini juga yang sentiasa ingin perbaiki diri dan mengajak orang lain sama-sama.
Moga Allah SWT redha dan menerima sebagai amal soleh di sisiNYA.

Al-Faqirah ilallah
mujahidahmuslihah@yahoo.com

* Jemput datang ke ;

~ HALAQOH CINYA-NYA KUIS (MAHASISWI SAHAJA )
~ DI MASJID AL-AZHAR KUIS( BAHAGIAN ATAS )
~ SETIAP HARI SELASA DAN KHAMIS
~ 5.45 PETANG - 7 .00 PETANG
~ BACAAN MATHURAT, SIRAH, PERINGATAN HATI DAN IMAN
~ ANJURAN; MAJLIS PERWAKILAN MAHALLAH MAHASISWA ( MPMM) KUIS



Perkongsian ; Ukhuwwah Fillah ; Dari mana datangnya ITHAR

Salam sesejuk Telaga Kauthar buatmu, mujahidah kebanggaan agama. Satu perkongsian daripada seorang Murobbi yang ana kagumi walaupun tidak pernah bersua lagi dengannya tapi sentiasa mendengar bicara muhasabah darinya melalui sahabat-sahabat yang biasa hadir ke program motivasi kendaliannya. InsyaAllah satu perkongsian yang amat membina kefahaman tentang ukhuwwah Islamiah, hak yang paling tinggi ; ITHAR... jom sama-sama kita ambil manfaatnya dan berazam ingin membumikannya..ianyaAllah.

 
by ; http://my.opera.com

Memelihara ukhuwah lebih sukar dari membinanya. Setiap ukhuwah yang dibina atas dasar iman akan sentiasa diuji. Syaithan akan sentiasa mencari pintu-pintu yang boleh merosakkan ukhuwah yang terbina.

Buruk sangka, sukar memaafkan, dendam, dengki dan sebagainya adalah gejala-gejala kerosakan ukhuwah yang begitu mudah berlaku apabila noktah bidayah atau starting point bagi ukhuwah itu tidak benar-benar dibina diatas dasar iman yang betul dan mendalam.

"Kemanisan ukhuwah itu adalah dengan memberi bukan dengan menerima". Itulah ungkapan yang sering saya gunakan apabila ditanya tentang ukhuwah. "Ukhuwah adalah natijah dari keimanan yang benar dan hidup" Itulah ungkapan kedua yang sering saya gandingkan dengan ungkapan yang pertama tadi. Bagi seseorang yang benar-benar beriman dan meyakini janji-janji Allah (Ganjaran untuk yang memaafkan tanpa diminta, berbaik sangka dan mendahului sahabatnya melebihi diri sendiri [Itsar]dan sebagainya) akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk meraih janji-janji itu. Hatinya sentiasa sibuk mencari alasan untuk memaafkan saudaranya, sibuk berbaik sangka dan mencari peluang untuk mengutamakan sahabatnya melebihi dirinya sendiri.

Apa yang diharapkannya? Syurga dan keredhaan Allah SWT. Ia tidak mengharapkan ucapan terima kasih apatah lagi balasan. Keyakinan dan keimanannya menjadikan jiwanya dirasuk ukhuwah dan kebaikan hingga hilang sifat ananiyyah (pentingkan diri sendiri). Ia menjadi pemburu syurga sehingga menjadikan Itsar sebagai tunggangannya. Hatinya tertambat di Akhirat sedangkan jiwanya telah terpikat dan tergila-gilakan keredhaan Allah. Setiap kebaikannya ditaburi bunga-bunga ikhlas dan cinta. setiap kecaman dan fitnah yang lemparkan padanya ditadah dengan dulang pasrah dan redha.

Ketika ia hulurkan hadiah untuk mengubati luka-luka persahabatan lalu hadiah itu diterima tanpa terima kasih atau dilempar dengan kebencian ... hatinya pasrah penuh keimanan hinggakan semua itu tidak menggugat dan mencalarkan pengharapannya pada Allah SWT.

Keteguhan Iman inilah yang menjadikan jiwanya gagah mendaki puncak ukhuwah hingga memperolehi buah-buah Itsar. Lalu dengan buah-buah itsar inilah ia membalas setiap lemparan kebencian dan dengki yang diterimanya hingga meruntuhkan tembok-tembok keegoan yang menghalang untuk tumbuhnya cinta dan persahabatan kerana Allah.

Itsar ini akan mampu melembutkan hati-hati yang keras, juga menjinakkan jiwa-jiwa yang liar serta memadamkan api-api permusuhan dan dendam lalu dengan izin Allah SWT hati-hati manusia menjadi bersatu diatas Cinta dan Iman.

Tidak perlu lagi kita meliarkan pandangan kesekeliling kita untuk mencari ukhuwah, tundukkanlah jiwa kita dan pandanglah sedalam-dalamnya kelubuk hati kita...adakah kita menemui ukhuwah? Di situlah tempat ia bersemayam. Bukan pada senyuman teman atau kekasaran kawan juga bukan pada penghargaan dan kebencian sahabat taulan.

Wednesday, May 26, 2010

Perkongsian : Rehlah Kami ( RESS '10 )

by :syahr.blogspot.com


Alhamdulillah.. pertama-tamanya dan buat selama-lamanya...hanya padaNya kita panjatkan syukur..

Alhamdulillah.. 
Rekreasi Nasional Siswi atau lebih singkatnya dikenali sebagai RESS 2010 telah berjaya dijalankan...Dengan bertemakan "Tautan Ukhuwwah Menuju Mardhotillah". Berehlah dan berukhuwwah.

PESERTA RESS 2010

Bukanlah saya yang selayaknya untuk berkongsi..tapi saya berpegang pada satu "sebarkanlah walau satu ayat".. Saya share juga apa yang saya dapat.. buat sahabat2 saya, disini saya kongsikan satu slot Kuliyah Subuh yang disampaikan oleh seorang sahibah pada suatu pagi selepas solat subuh dan al-mathurat berjemaah.Tajuk yang dibawakan kepada kami ialah "Bersama Membumikan Ukhwah Islamiyah"

Objektif-objektif yang tersirat dalam yang tersurat adalah:
1. Memahami tuntutan Ukhuwwah Islamiyah
2. Berusaha Meningkatkan Kualiti Ukhwah
3. Merasa bahagia bila dapat membumikan Ukhwah.

Tiada Ukhwah tanpa iman dan tak sempurna iman tanpa ukhwah.

Seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Hujurat: 10 
" Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kpd Allah agar kamu mendapat rahmat."

Surah Al-Zukhruf: 67
" Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertaqwa."

Antara kelebihan-kelebihan orang yang berukhuwwah kerana Allah
1. Wajah mereka akan bercahaya
2. Mendapat lindungan Arasy Allah
3. Dilimpahi Kasih Allah
4. Dapat merasai halawatul iman (kemanisan iman)

Ayuh.... sama-sama kita mempraktikkan...

Selain itu, tugasan kami selama 3 hari 2 malam ini adalah menghafal sepotong hadith dan 2 ayat Al-Quran.

Hadith yang maksudnya:
"Sungguh pelik urusan orang mukmin, semua perkara baginya baik belaka, Semua ini tidak didapati oleh orang lain kecuali orang-orang mukmin.: Kalau dia mendapat kesenangan dia bersyukur itulah yang lebih baik baginya, dan jika dia ditimpa sebarang kemudhoratan, dia bersabar itulah yang lebih baik baginya."

Surah A-An-am: 153
"Sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus, maka hendaklah kamu ikutinya, dan janganlah kamu ikut pelbagai jalan (lain), ini boleh memecahkan kamu dari jalanNya, demikian kamu dipesankan denganNya semoga kamu bertaqwa.'


Antara aktiviti lain adalah jungle tracking. Walau keadaan cuaca pagi itu hujan, tidak membatalkan program jungle tracking kerana semuanya telah dijadualkan..telah diprogramkan.. Disinilah kami melihat alam.. meredah hujan, air terjun.. Subhanallah... Sejak berada di kota lamanya sudah tidak berada dialam kehijauan..


[Lihat ni....cantikkan batu berdiri]

[Kehijauan flora]

[Erti Ukhuwwah pada memberi]
mengutamakan sahabat melebihi dirinya..

Perkongsian: Sangka-sangka itu bukan buah semangka

Salam mujahidah semua. Moga iman dan jasadiah/badan sentiasa dalam barakahNYA. Sedikit perkongsian daripada seorang sahabat, sama-sama renung-renungkan, moga beroleh manfaatnya. mungkin ada sedikit kaitan dengan post 'Jom sahabat semua, kita bersangka baik'. Wassalam
by Hilal Asyraf :
www.langitilahi.com
Pernah dengar Buah Semangka? Dalam hidup saya, semangka itu adalah nama lain bagi buah tembikai. Kalau di tanah arab ini, musim panas adalah musim buah semangka. Besar-besar saiznya. Sedap-sedap pula rasanya. Bila dimakan pada waktu tengahari musim panas selepas disejukkan, memang tak ternilai nikmatnya.
Tetapi sangka-sangka adalah satu hal lain yang sangat berbeza.
Kalau buah semangka adalah buah lazat dan manis rasanya, sangka-sangka adalah buah beracun yang busuk dan sangat pahit rasanya.
Sangka-sangka menghasilkan kerosakan. Ia menternak kebencian. Meruntuhkan jambatan hubungan sesama insan. Akhirnya melahirkan hati busuk yang bermusuh tidak kesudahan. Sangka atas sangka, sangka atas sangka, akhirnya rosak semuanya.
Dan Syaitan adalah yang menyalur tenaga dari akar pokoknya.

Kepercayaan itu sesuatu yang mahal
Di dalam hubungan sesama manusia, kepercayaan adalah sesuatu yang mahal. Sebab itu, apabila seorang manusia meletakkan kepercayaan kepada seseorang yang lain, maka itu adalah kimiawi utama dalam satu hubungan yang baik.
Kita dapat melihat dalam kehidupan kita, banyak perkara digerakkan atas kepercayaan. Walaupun sudah wujud terma dan syarat dalam banyak perkara pada hari ini, tetap kepercayaan itu adalah perkara yang utama dalam pergerakan hubungan.
Kita boleh membayangkan sekiranya kepercayaan hilang dalam satu hubungan, bagaimana hubungan itu akan berjalan. Ia akan berjalan dalam keadaan suram, tidak ceria, dan keterikatan hati itu terasa longgar. Sebab yang utama dalam satu-satu hubungan adalah kepercayaan.
Bukan kepercayaan membuta tuli
Jangan salah sangka kepercayaan ini adalah kepercayaan membuta tuli. Kepercayaan kita punya asas. Kita yakin dengan bukti. Sebab itu di dalam hubungan, Islam mengajar kita untuk berta’aruf. Berta’aruf ini bukan sekadar mengenal nama, tahu tarikh lahir, ingat tempat tinggalnya, tetapi ta’aruf ini sehingga sampai hakikat kita kenal dirinya dengan sebenar-benar pengenalan. Kita tahu dia suka apa, dia tak suka apa, kita tahu perangainya bagaimana dan pegangannya dalam hal-hal tertentu macam mana.
Kepercayaan kita, asasnya adalah dengan ta’aruf.
Ta’aruf adalah bukti yang membina kepercayaan kita.
Didik diri dengan bukti berasas, bukan firasat-firasat
Manusia mempunyai penglihatan yang terbatas. Dalam menghukum seseorang, sememangnya kita terbatas dengan zahirnya sahaja. Sebab itu, ta’aruf adalah perkara utama yang perlu kita usahakan untuk mempunyai hubungan yang baik.
Justeru, dalam menghukum seseorang, kita perlu meletakkan hukum itu atas bukti yang kita ada.
Jangan biasakan diri kita dengan sangka-sangka, firasat-firasat yang hanya bergejolak sekitar perasaan jiwa. Hal ini kerana, syaitan berlari-lari di seluruh pembuluh darah kita, memang menanti-nanti peluang untuk menimbulkan was-was dan syak wasangka.
Sememangnya diakui bahawa manusia mempunyai gerak hati, instinct dan sebagainya. Hatta Saidina Umar RA pun pernah berkata: “Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin.” Tetapi tetap firasat dan gerak hati bukanlah dalil dalam menghukum seseorang.
Bila kita sekadar menggunakan firasat, gerak hati, instinct, sangka-sangka dalam menghukum seseorang, kita akan lihat hubungan kita hancur dalam masa seketika sahaja. Kerana kita buruk sangka dengannya tanpa asas.
Sepatutnya kita didik diri dengan perbincangan, dengan mencari bukti, kemudian kita selesaikan sesuatu yang bermain dalam sangkaan kita, dalam firasat kita, secara terus dan telus. Usah kita tahannya dalam fikiran dan hati kita, tanpa kita cari bukti, tanpa kita berbincang.
Contoh mudah dalam isu main sangka-sangka
Saya bagi contoh mudah. Seorang pelajar suka membaca Al-Quran dengan berlagu. Dia hebat dalam membawa lagu-lagu Al-Quran yang pelbagai. Pelajar-pelajar lain pula suka dengan bacaannya. Tiba-tiba ada seorang guru berkata:
“Orang baca Al-Quran macam itu tidak ikhlas”
Lebih memburukkan keadaan, perkara begitu dikongsi dengan ramai.
Apa bukti dia tidak ikhlas? Dan sebagai seorang guru, apakah patut pendakwaan tidak ikhlas itu ditujukan seumum itu? Lebih jelas lagi, siapa yang meletakkan aras bahawa membaca Al-Quran berlagu itu tidak ikhlas?
Agaknya, selepas itu bagaimana hubungan pelajar itu dengan gurunya tadi?
Sepatutnya, guru itu boleh sahaja pergi terus bertemu dengan pelajarnya tadi, dan berbincang berkenaan keikhlasan dalam membaca Al-Quran, secara berhadapan tanpa terus menuduh.
Contoh lain: Seorang lelaki belajar di luar negara. Dia dahulunya terkenal pemalu dan segan-segan orangnya. Tetapi bila dia sudah di luar negara, orang di Malaysia melihat gambar-gambarnya dan kelihatan dia duduk di sebelah perempuan, gaya berpakaian berubah menjadi lebih stylo, dan rakan-rakannya kelihatan tidak terurus.
“Hish, dah jadi teruk dah dia ni”
Ding ding ding. Itu biasanya yang akan keluar apabila kita menjadi orang yang melihat gambar lelaki itu bukan?
Sikap begini adalah silap. Ada banyak posibiliti bahawa lelaki itu masih tidak berubah. Cuma suasana di tempat belajarnya membuatkan dia mempunyai gambar sedemikian rupa. Sebagai contoh, mungkin kawan-kawan perempuannya tak kenal erti segan dan masyarakat sekitarnya tidak terdidik. Dia pula berseorangan dan tak mampu bersuara menegur secara terus. Gaya berpakaian pula, mungkin dia mengikut suasana. Tetapi persoalannya, apakah dia membuka aurat? Apakah gambarnya bersentuhan dengan perempuan? Adakah gambarnya dengan perempuan itu pada waktu-waktu sunyi berduaan atau di majlis keramaian atau keluar bersama rakan?
Kita perlu mendidik diri kita mendahulukan sangka baik.
Kalau risau sangat dia berubah, kita jangan simpan sangka-sangka kita itu di dalam hati sahaja. Cakap terus. Tanya sendiri. Sembang dengan empunya badan tanya apa yang terjadi. Tanya apa yang berlaku pada gambar itu. Minta dia jelaskan.
Bayangkan, kita terus tuduh dia berubah, kita terus kata pada dia bukan-bukan, sedangkan mungkin dia pun dalam keadaan tersepit, mungkin dia seorang sahaja faham Islam, mungkin rakan-rakan baiknya tak faham Islam di sana dan sebagainya, mungkin dia tak tahu itu salah, dan ada 1001 kemungkinan lagi yang membuatkan dia tak bersalah. Bayangkan hubungan dia dengan kita selepas itu?
Maka, jangan sesekali terus menghukum.
Kisah Syeikh Mustafa Bugha dan peniru dalam peperiksaan.
Sekadar pengalaman hidup saya, begitu jugalah keadaannya. Saya sendiri dahulu orang yang kuat berfirasat dan bersangka-sangka. Ya, memang pada satu ketika kita akan melihat firasat kita sentiasa betul. Sangkaan kita sentiasa tepat. Tetapi jangan tertipu. Itu hakikatnya bukan satu lesen untuk terus menghukum.
Di hujung hari-hari saya asyik menggunakan firasat, saya dapat melihat betapa saya telah mematahkan banyak hati manusia dan merosakkan banyak hubungan. Sebab saya tak pernah percaya kepada manusia lain. Saya lebih percaya kepada firasat saya.
Maka saya tinggalkan firasat saya. Saya tinggalkan sangka-sangka saya.
Dan hari ini, saya benci orang yang suka main firasat-firasat, sangka-sangka.
Saya sangat menghormati syeikh-syeikh di tempat saya belajar sekarang. Salah seorang yang saya kenali adalah Syeikh Mustafa Bugha, ulama’ Fiqh terkenal di Tanah Syam. Dia adalah ulama’ besar yang hebat. Ramai orang menyatakan dia mempunyai ‘kasyaf’, yakni firasatnya sangat tepat.
Tetapi, apabila didatangkan kepadanya aduan bahawa seorang pelajar meniru di dalam peperiksaan, yang pertama sekali dia berkata adalah:
“Di manakah buktinya?”
Bila ditunjukkan buktinya bahawa markah pelajar itu sangat cemerlang pada setiap semester, dan kecemerlangan itu di luar paras normal(yakni sentiasa 95% ke atas, sedangkan pengajian di Syam sangatlah susah), Syeikh Mustafa Bugha berkata:
“Mungkin Allah membantunya”
Subhanallah. Lihatlah Syeikh ini. Dia ulama’ besar, dia sangat dihormati. Kalau dia mahu terus menghukum pelajar itu, tiada siapa akan mengatakan apa-apa kepadanya. Bahkan yang mengadu kepadanya bukanlah orang biasa, melainkan ulama’ tanah Syam juga. Tetapi selagi tiada bukti pelajar itu meniru dengan sebenar-benarnya(yakni ditangkap ketika meniru), maka Syeikh Mustafa tak mahu menyatakan bahawa pelajar itu peniru.
Untuk memuaskan hati pihak yang mengadu, Syeikh Mustafa Bugha berkata:
“Pergilah berikan penjagaan ketat kepadanya. Kalau kamu dapat menangkap dia meniru, maka barulah laksanakan hukuman ke atasnya”
Lihat. Dan akhirnya, pelajar itu rupanya benar-benar meniru. Dia pelajar perempuan, meniru dengan menggunakan headphone kecil yang disumbat ke dalam telinga, disembunyikan di bawah jilbab. Tetapi lihatlah Syeikh Mustafa Bugha. Dia tidak mendahulukan firasatya. Dia mendahulukan buktinya, barulah menghukum.
Kita bagaimana?
Nas-nas melarang berburuk sangka
Saya kongsikan dalil-dalil yang menunjukkan bahawa buruk sangka adalah dilarang.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;” Surah Al-Hujurat ayat 12.
“Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).” Surah An-Najm ayat 28.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Surah Al-Hujurat ayat 6.
“Berhati-hatilah kamu dengan sangkaan, sesungguhnya sangkaan adalah pendakwaan yang paling dusta” Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi.
Saidina Umar Al-Khattab ada berkata: “Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan”
Maka perhatikanlah wahai manusia.
Hentikanlah sangka-sangka kamu itu.
Penutup: Adil lah kamu. Bersangka baiklah.
Bersangka baik hakikatnya adalah satu keadilan. Bukanlah bersangka baik ini, kita percaya sahaja semuanya. Tetapi selagi kita tiada bukti, maka kita tidak akan menghukum sesuatu yang buruk ke atasnya. Bahkan, kalau ada bukti pun kita selidik.
Apatah lagi kalau sekadar kita dengar-dengar cerita kawan, atau baru melihat si fulan itu sekali.
Didik diri untuk berlaku adil. Kalau betul ada rasa kurang senang di dalam hati, kita rasa perbuatannya tidak kena, kita rasa akhlaknya itu tidak ikhlas dan ada riyak di dalamnya, apa salahnya berbincang muka ke muka.
Kenapa terus menghukum?
Lebih buruk lagi, menceritakan pula kepada orang lain pandangan buruk kita itu, dalam keadaan kita tidak pasti. Dan hakikatnya, kalau kita pasti pun, keburukan sahabat kita adalah sesuatu yang mesti ditutup kerana ia adalah sesuatu yang aib.
Maka adil lah kamu.
Jangan rosakkan hubungan sesama saudara kamu.
Sangka-sangka bukanlah buah semangka yang lazat dan memberikan kelegaan di musim panas. Ia hakikatnya buah yang pahit, mengandungi racun yang merosakkan hubungan dan tidak menenangkan pada hari yang tersangat panas nanti(di padang mahsyar).

Sahabatku semua...Jom kita Saling Bersangka baik

Bismillahirrahmanirrahiim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Assalamualaikum WBT

Muhasabah Iman

Salam ukhuwwah Fillah buat semua sahabat yang sentiasa dirahmati Allah SWT. Apa khabar iman, hati dan kesihatan jasadiah/badan pada hari ini? Moga ianya sentiasa dalam keadaan baik dan barakah Allah SWT. Marilah sama-sama kita panjatkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang tidak pernah putus DIA berikan kepada kita semua...hamba-hamba-NYA. Walau terkadang kita khilaf/tersilap langkah dalam hidup ini, tetapi DIA tidak jemu-jemu memberi peluang kepada kita semua untuk memperbaiki diri, bertaubat kepadaNYA dan berusaha menambah ilmu dan amal demi meraih redha-NYA semata. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda dan para sahabat r.a. Merekalah sumber inspirasi kita dan jalan Qudwah Hasanah kita, insyaAllah, marilah sama-sama kita berazam untuk menjejaki jejak langkah mereka kerana mereka adalah Generasi Al-Quran Yang Unik.

Wahai Mujahidah Kebanggaan Agama
 
Hidup ini indah bila semuanya kerana Allah SWT...dan sememangnya hanya redha Allah SWT yang kita buru dan cari dalam hidup ini. Pada kali ini ana berhajat nak berkongsi dengan semua mujahidah kebanggaan agama tentang suatu perkara yang kadang-kadang kita memandangnya terlalu kecil dan tanpa sedari kadang-kadang kita terjatuh sama ke dalam masalah ini...iaitu berburuk sangka dan menceritakan kelemahan sahabat-sahabat yang pernah bersama-sama dengan kita atau yang berada disekeliling kita.

Mawar Berduri Yang Dikasihi Allah SWT,

 Marilah sama-sama kita renungi firman Allah SWT sebagai peringatan kita bersama.

" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-merendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain: dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. ( Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan( ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya), maka merekalah orang-orang yang zalim"  Al-Hujurat : 11

Allah SWT berpesan dengan tegas dalam ayat ini supaya jangan ada dikalangan kita yang mencemuh, mengata, mengumpat, mengeji, melukakan hati dan memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak disukai.

Firman Allah SWT lagi dalam ayat seterusnya...

" Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang: dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. ( Oleh itu patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah , sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani"  Al-Hujurat : 12

Sahabatku semua...marilah sama-sama kita renungi maksud disebalik ayat-ayatNYA ini. Hari ini kebanyakan daripada kita lebih suka mengambil jalan mudah untuk menyampaikan apa sahaja berita yang dia dengar daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Tanpa diselidiki betul atau tidak. Kadang-kadang kita terdengar orang bercakap di jalanan pun kita sampaikan pada pihak yang lain, dengan begitu mudah, khabar angin tersebar, aib orang dicanang ke merata-rata. Apakah kita tidak takut dan gerun pada ancaman Allah SWT?.

Sirah Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a

Cukuplah peringatan buat kita, marilah sama-sama kita renungi dan muhasabah balik sirah Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a. Bagaimana serikandi mulia ini difitnah, hingga Rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w merasai sama kesannya. Tetapi Allah SWT telah mengangkat kesucian Saidatina Aisyah r.a dengan wahyu yang turun membersihkan segala khabar angin dan fitnah yang dipalitkan kepada beliau.

Apa pengajaran yang boleh kita ambil daripada sirah ini, tak lain tak bukan agar kita kembali kepada punca asal sesuatu masalah yang timbul. Jika sekiranya kita mendengar sesuatu berita, selidikilah dahulu, jangan terus percaya dan menghukum. Jangan kita hanya mendengar sebelah pihak, siasatlah ia dengan penuh saksama dan jujur. Jangan cemari ukhuwwah imaniyah yang kita bina.
***************



Jom...kita buat anjakan Paradigma

Cukuplah hari ini kita terlalu banyak berteori, sibuk membincangkan sesuatu perkara tanpa kita sedari kita termasuk dalam perangkap syaitan dan nafsu yang suka mengata keaiban orang. Tanpa kita sedari, kita sanggup habiskan masa berjam-jam demi menjaga hati sahabat kita untuk mendengar luahan masalahnya...ana tidak mengatakan mendengar luahan sahabat salah, tetapi yang salahnya kita telah membuka keaiban sahabat-sahabat kita. That way, kita sebagai orang mukmin kena jelas matlamat sesuatu perkara yang kita buat hatta nak luahkan masalah pun kena jelas matlamat. Ana ada seorang sahabat yang ana hormat sangat padanya, dialah murobbi ana dunia akhirat. Pernah suatu masa ana berhajat nak luahkan masalah ana padanya, tetapi sebelum ana menceritakan masalah ana, dia bertanya dengan penuh ketegasan, apakah tujuan ana nak ceritakan segala masalah kepadanya?...lantas ana menjawab daripada hati ana, kerana ana ingin mencari solution bagi masalah ana. Alhamdulillah, dia kata jawapan ana betul kerana ada setengah orang saja-saja  nak luahkan/share masalahnya, bagi dia masa kita amat berharga untuk digunakan pada sesuatu yang kita tak jelas kebaikannya...sebab kita bimbang bila kita ceritakan masalah kita tanpa tujuan yang jelas, bimbang terjatuh ke lembah mengumpat dan mengata, wa nauzubillah.

***************


 Jadi, mujahidah solehah sekalian,

Jom kita bangkit bersama-sama, kita bina iman dan ukhuwwah dalam keadaan aman harmoni tanpa ada keraguan terhadap sahabat disekeliling kita. Lebih-lebih lagi jika dia saudara seaqidah-seiman dengan kita. Dahulukanlah bersangka baik dalam apa jua keadaan. Lebih-lebih lagi dalam kita melayari kehidupan di IPT, kita bukan sahaja berhadapan dengan kawan-kawan secara individu, bahkan mungkin juga kita berhadapan dengan pelbagai fahaman / jemaah / persatuan di IPT masing-masing. Dalam hal ini kita tidak ingin menjadi orang yang mengajak kepada kehebatan diri atau kehebatan persatuan/jemaah masing-masing, tetapi kita nak bawa semua orang kepada Allah SWT, kepada kefahaman Iman dan Islam yang syumul. Tidak kira di atas platform / persatuan / jemaah mana sahaja yang kita ikut, yang penting sama-sama kita berazam ingin menjadi seorang Dai'e Ilallah ( orang yang mengajak kepada Allah SWT).

***************



Jom sahabat semua, Kita Satu Hati!

Inilah masanya, kita bina arus kesedaran sama-sama, arus kesedaran Iman dari dalam diri, lantas bangkit membuat perubahan demi mencapai redha Allah SWT. Kita tinggalkan perselisihan yang kecil, sangkaan yang telah merosakkan dan merenggangkan ukhwwah kita...kita hubungkan kembali, kita satu hati menuju maghfirah / keampunan ILAHI. Sama-sama kita campakkan prasangka-prasangka kita selama ini ke lautan yang dalam agar ia tenggelam. Lantas kita tanamkan kembali ukhuwwah Fillah yang suci, didahului dengan husnu zhon/sangka baik dalam setiap keadaan dan situasi.

Apa yang penting!...KERJASAMA
Ya...kita saling bekerjasama mengingatkan diri kita dan orang-orang yang kita sayang disekeliling kita agar hidup dalam REDHA Allah SWT dan bersungguh-sungguh memperbaiki diri. Ayuh!..........

Moga Allah Redha
Al-Faqirah ilallah
~mujahidahmuslihah@yahoo.com~

Sunday, May 16, 2010

Segala-galanya bermula di sini...Halaqoh Cinta-NYA KUIS

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.



Teramat istimewa daku tujukan warkah ini buat tatapan mujahidah-mujahidah solehan dan muslehah
Hati-hati yang sentiasa berhajatkan kebaikan dan ingin berubah...
Lantas sentiasa memperbaiki diri dan mengajak orang lain...
Bersama-sama menuju REDHA ALLAH SWT.

Pertama-tamanya dan buat selama-lamanya marilah sama-sama kita panjatkan rasa syukur, rasa syukur yang lahir daripada hati yang dalam hingga mengalir dan meresap dalam setiap denyupan nadi kita...syukur kehadrat ALLAH SWT kerana hanyasanya dengan izin dan limpah kurniaanNYA, DIA masih lagi memberi peluang kepada kita semua untuk bersama-sama bertaubat kepadaNYA, memperbaiki diri dan menambah amal agar kita menjadi hamba yang Rabbani disisi-NYA...amin...insyaALLAH.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda dan para sahabat / sahabiah r.a. Nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan yang mulia dan ikhlas daripada generasi pertama ini iaitu Generasi Al-Quran yang Unik. Perjuangan untuk terus menyebarkan Islam hingga Islam kembali memerintah dunia bukan sekadar terhenti di sini ( khilafah Islam jatuh 1924) tetapi kita yang dipilih oleh ALLAH SWT hingga saat ini masih lagi diberi peluang untuk  kita menjejaki generasi al-Quran yang unik ini.

Wahai Mujahidah Kebanggaan Agama...
Kalian adalah insan yang hebat...
That way kalian dipilih oleh ALLAH SWT...
Untuk terus bersama-sama kita melangkah...
Memperbaiki diri, menambah amal
Dan terus memberi manfaat untuk ISLAM...
Jangan leka dengan dunia pada hari ini...
Yang ingin menghancurkan kalian...
Jika kita tidak bertindak terlebih dahulu...
Untuk menawan dunia ini dan menghiasinya...
Dengan akhlaq-akhlaq Islam...
Lantas, ayuh kita bangkit bersama-sama...
Memberi peringatan atau mendengar peringatan...
Jangan kita menjadi orang yang hari ini sama dengan kelmarin...
Atau hari ini lebih teruk dari kelmarin...Nau'zubillah.
Sedarilah wahai mujahidah kebanggaan agama sekalian...
Kalian adalah harapan ummah...harapan Islam...
Kita hanya MULIA dengan ISLAM dan IMAN yang kita anuti.
Jika kita hebat sekalipun di pentas dunia tetapi...
ISLAM langsung tidak boleh menumpang kita...
Apalah ertinya...
Bukan bermakna di sini ISLAM perlukan kita...
Tetapi kita yang perlukan dan hajatkan pada ISLAM...
Kerana ISLAM adalah jalan hidup yang membawa kita...
Menuju REDHA ALLAH SWT...
Itulah matlamat akhir kita.
Cukuplah hari ini kita terlalu banyak berteori...
Ayuh bangkit bersama sahabat-sahabatku...
Kita "membumikan" apa selama ini yang telah kita pelajari.
Inilah masanya..ayuh bersama-sama...
kita melangkah ke medan amal.
Pasakkan azam..terus melangkah memburu REDHA ILAHI. 

" Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati ALLAH dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka)"... al-Hadid 57: 16

Jemput datang ke "Halaqoh Cinta-NYA" KUIS
Setiap Selasa dan Khamis
5.45 petang - 7.00 petang
Di masjid Al-Azhar KUIS (bahagian atas tempat solat perempuan sebelah kanan)
"Ijlis bina , Nu'min saa'ah"
'Mari duduk bersama kami, kita beriman sesaat'

Salam teramat sayang ...
kerana ALLAH SWT semata
~ al-Faqirah ilallah~
hajat sentiasa doa kalian yang solehah
Nur Hanisah bt Zakaria