Saturday, February 27, 2010

Manis ukhuwwah apabila MEMBERI..


Dengan Nama Allah yang  Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Setinggi –tinggi rasa syukur saya rafa’kan kehadrat ilahi.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Rasa syukur pada ALLAH tidak hanya dilafaz tapi dibuktikaan dengan amalan zahir.Tiadalah kekuatan itu melainkan dari Allah rabbul jalil.
Saya pernah ditanya bagaimana kita nak rasai kebahagiaan berukhuwah. Setiapkali menjawab persoalan ini selalu saya tekankan bahawa kemanisan atau kebahagiaan ukhuwah akan dirasai dengan memberi bukan dengan menerima. Mungkin jawapan ini agak mengelirukan pada peringkat awal.

Ukhuwah Islamiyyah adalah natijah atau hasil dari keimanan bukan proses. Bagi yang meyakini kebesaran dan keagungan Allah SWT beserta janji-janjiNya tentu akan mendapati sesuatu yang terlalu bernilai disisi Allah SWT; pengampunan, ganjaran pahala, rahmat serta keredhaanNya. Sahabat-sahabat Rasul sanggup mengorbankan nyawa mereka demi mengejar semua ini.

Sebahagiaan besar yang kita harapkan ini akan kita perolehi apabila kita mengasihi saudara kita melebihi diri kita (mafhum dari hadith). Oleh itu tidak penting sangat sama ada saudara kita pun mengasihi kita atau menghargai persaudaraan yang kita bina. Tidak begitu penting sama ada pertolongan kita disambut dengan penghargaan atau terima kasih, asalkan kita lakukan semuanya kerana Allah maka semua janji-janji Allah itu akan berjaya kita raih jika kita benar-benar ikhlas dan mengharapkan redhaNya.

Seorang Mukmin akan lebih menghargai keredhaan Allah dari keredhaan manusia, rahmat Allah dari ucapan terima kasih saudaranya(Lihat terjemahan surah al Insan; ayat-ayat awal).
sumber : http://my.opera.com/azmibhr/blog/