Thursday, December 9, 2010

MUHASABAH MAAL HIJRAH :Langkah Sebagai Seorang Muslim.

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, lafaz syukur yang tidak jemu dan sememangnya hanya untukNYA, kerana DIA masih lagi memberi peluang kepada kita semua untuk sama-sama mengkoreksi diri, muhasabah iman dan amal, mengatur langkah seterusnya untuk menjadi Hamba Yang Rabbani...insyaAllah. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , keluarga baginda dan para sahabat/sohabiah r.a. Jangan jemu pasakkan azam tekadkan matlamat untuk menjejaki sirah unggul mereka - Generasi al-Quran Yang unik.

Alhamdulillah...untuk Haloqoh minggu ini pada hari selasa dan khamis hampir 20 lebih yang datang...Semoga ALLAH menilai kedatangan kita hanya kerana DIA semata.Untuk minggu ini,halaqoh yang disampaikan banyak menyentuh mengenai kedatangan tahun baru Islam iaitu 1432Hijrah sempena awal muharam baru-baru ini.Rupanya tidaklah jauh tahun kejatuhan Islam,masih baru lagi.Jadi disini,penyampaian dihalaqoh menekankan "Langkah Saya Sebagai Muslim".

                                                 adakah kita sudah mulakan langkah?

Adik-adik dan teman-teman yang dikasihi kerana ALLAH sekalian....

Marilah kita duduk bermuhasabah sebentar...adakah kita menganuti agama Islam sebagai "Islam Warisan" atau disebabkan kita  "Sedar Dan Faham"?    " Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa, ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai " kata Raihan dalam lagunya Iman Mutiara.Sememangnya iman tidak dapat diwarisi secara 'automatik' tetapi insyaAllah ia boleh diwarisi secara 'manual'.Iman perlu disemai dan dididik ke dalam jiwa. Kita boleh melihat dan menilai ramai manusia beragama Islam tapi, belum tentu lagi boleh digelar Muslim.Nau'zubillah,semoga kita semua tergolong dalam golongan muslim.Oleh itu, marilah kita memulakan langkah untuk meningkatkan diri sebagai Ibadurrahman( hamba Allah).Buku untuk tahun baru kita sedaya-upaya penuhi dengan amalan-amalan yang soleh.


Umpama ikan di lautan, walaupun airnya masin dan selama mana ia berada di dalamnya ia tetap tak masing-masing.

Setiap orang mempunyai pentafsiran sendiri mengenai maal hijrah dan mungkin ada yang berbeza tapi,Insya-Allah matlamatnya hanya satu iaitu mengejar mardhatillah.Selepas hijrah Rasulullah s.a.w dari kota Mekah ke Kota Madinah,tidak ada lagi hijrah selepas itu.Apa yang ada,hanyalah hijrah dari keburukan kepada kebaikan.Namun,itulah perkara yang agak sukar untuk dilakukan kerana kita perlu koreksi habis-habisan hati kita untuk membuang sifat-sifat mazmumah (buruk).Disinilah kita menjadikan Al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan hidup sehinggakan dalam hidup kita hanya nilaian Allah menjadi utama dalam apa yang kita lakukan.


Marilah kita "jejak" sirah generasi al-Quran suatu ketika dahulu.Apa yang dimaksudkan "jejak" disini ialah,bukan sahaja kita membaca atau mengetahui tapi,kita berusaha menjadikan diri kita seperti mereka.Insya-Allah....Sehinggakan bila kita nampak sesuatu perkara dosa bukan lagi perkara biasa,itulah menunjukkan hati kita sensitif dengan dosa.Sematkan didalam diri bahawa tujuan hidup kita hanya satu iaitu ingin mencapai mardhatillah.Hal ini bertepatan dengan ayat al-quran dari surah Al-Fajr,ayat 27-30 yang bermaksud:
“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia.Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"

 Marilah kita jadikan dunia sebagai jambatan menuju ke akhirat.Jadi,apa lagi kita tunggu,tidaklah Allah menjadikan kita hanya satu perkara yang sia-sia kerana DIA ada berfirman dalam surah az-zariyat,ayat 56 yang bermaksud : 


"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."


Kita nak jumpa Allah nanti kita bawa hati,bukanlah harta,kecantikan atau sebagainya.

Adik-adik dan teman-teman kebanggaan agama...
Iman kita sedang merayu-rayu dan meronta-ronta agar kita agar kembali kepada fitrah yang sebenar.Hanya dengan bermuhasabah sahaja yang mampu mendengar iman kita berbicara.Marilah kita bersama-sama menjaga hati kita dari sebarang perkara yang boleh menjauhkan kita dari Allah.Ingatlah bahawa :
AZAB ALLAH SANGAT PEDIH DAN KERAS TAPI, JANGAN LUPA BAHAWA RAHMAT ALLAH SANGAT LUAS

.Segala-galanya bermula dengan noktah bidayah kita.ingatlah 


" وَهُوَ مَعَاكُم أَيْنَمَا كُنْتُ "
Dia bersama kamu di mana sahaja

Marilah kita pastikan hati kita sentiasa diperiksa setiap pagi/hari untuk memastikan hati kita tidak tergolong dalam golongan hati yang sakit.


Akhir kata,marilah kita minta dengan bersungguh-sungguh pada Allah setiap kali kita berdoa.Mintalah dengan hati yang yang kusyuk.untuk mendapatkan hati yang kusyuk,marilah kita bersama menjaga pandangan...Semoga Allah menilai segala amalan kita....Wallahualam... 
 Sebelum berhenti menaip,disini ada sedikit pengumuman. Insya-Allah akan diadakan 1 program seperti maklumat dibawah :
Tajuk :Keagungan Cinta
Tarikh: 24/12/2010
Masa : 8.30 - 10.30 mlm
Tempat : Auditorium KUIS
Ahli Panel: Ustaz Shuhadak Bin Mahmud ( KUIS)
                 En.Razali Maa'ruf (Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim,KTD)
                 Ustazah Fatimah Syarha Binti Nordin(UM,penulis novel)

Dijemput kepada semua mahasiswa dan mahasiswi KUIS untuk menghadiri program ini.Janganlah melihat kepada sesiapa yang menyampaikan tapi,lihatlah kepada isi kandungan yang disampaikan.

0 comments: