Saturday, November 13, 2010

Noktah Bidayah ( Titik Permulaan )

Bismillahirrahmanirrahim..Pertama-tamanya dan selama-lamanya marilah sama-sama kita meninggikan kalimah syukur kita kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya kita masih kekal dalam nikmat IMAN dan ISLAM. Buat tatapan adik-adik KUIS dan lain-lain yang dikasihi kerana ALLAH, apa khabar iman kalian hari ini ? Moga sihat hendak-Nya ~ amin..

InsyaAllah sedikit perkongsian dari Halaqah Cinta-Nya yang pertama untuk semester ini mengenai tajuk yang sangat berkait rapat, erat, dan melekat dalam kerja-kerja seharian kita iaitu : Noktah Bidayah..apa maksudnya ye ? Itulah dia Titik Permulaan , tapi titik permulaan yang bagaimana ye??? Mari baca dan renungi..

Adik-adik dan teman-teman yang dikasihi dan dicintai kerana Allah..,

Noktah Bidayah adalah penting supaya kita dapat berada dan bertolak dari noktah yang betul.Ianya juga merupakan permasalahan islam kerana jika titik permulaan adalah salah atau bermasalah, ia akan turut menjejaskan perkara lain.

Menelusuri semangat orang muda yang 'ghairah' dan sentiasa berkobar-kobar dalam bertindak , maka marilah sama-sama kita analisis dan semak semula Noktah bidayah kita supaya kita dapat melihat asas-asas Islam, mengikuti jalan yang telah diamalkan oleh Rasulullah S.A.W dan generasi Al-Quran, yang diikuti oleh para sahabat, ulama' muktabar agar kita dapat sampai kepada ghoyah ( matlamat ) yang jelas dan betul dalam keadaan sedar dan faham.



Apa agaknya ye ghoyah ( matlamat ) yang betul  ? Itulah dia keredhaan Allah. Hakikat keredhaan Allah ini adalah sangat besar bagi umat Islam seluruhnya, kerana hal inilah kita diseru dan diajak untuk berada secara sedar pada noktah yang betul..  

Sekiranya kita tidak berada pada titik permulaan yang betul, maka kita tidak akan bertolak dan bertindak diatas jalan yang betul, Inilah perkara yang sangat patut kita takuti!! Seandainya noktah kita adalah noktah semangat, maka kita kan bertolak dengan semangat-semangat yang dilaungkan dan dislogan-slogankan dan dibakar dalam jiwa tanpa kita menyedari perkara yang membakar jiwa dan membangkitkan semangat tidak akan tahan lama kerana ianya adalah rekaan manusia semata-mata.

Adik-adik dan teman-teman yang dicintai..

Kita perlu merasakan bahawa memulakan sesuatu perkara dengan jelas dan betul adalah merupakan sesuatu yang sangat urgensi ( sangat-sangat diperlukan ) dalam kehidupan. Persoalan mengenai bagaimana untuk kita kembali kepada titik permulaan yang betul adalah kembali kepada IMAN dan ISLAM. Itulah sahaja jalan untuk mendapat rahmat dari Allah Rabbul Jalil. Perasaan untuk kembali kepada Titik Permulaan yang betul mestilah lebih dari rasa 'keghairahan' kepada ISLAM, kerana rasa ghairah untuk kembali kepada ISLAM adalah merupakan kesedaran umum sahaja. Walaupun kesedaran umum itu perlu, tetapi keperluan Islam bukan hanya perkara-perkara umum, syi'ar-syi'ar dan slogan semata-mata.

Hakikatnya pembaca yang dikasihi sekalian,

kita sebenarnya dan hakikatnya berdiri diatas noktah yang berbeza  kerana kita hendak mengajak hati kita untuk kembali kepada satu kerja yang cukup panjang dan berterusan serta menuntut kemampuan-kemampuan jiwa-jiwa yang cinta pada ISLAM.

Hassan Al-Banna menjelaskan : "ALLAH bukan sahaja pencipta, tetapi juga mendidik" Allah mencipta dan mendidik manusia hingga akhir zaman agar mereka menghayati, merasai, dan mendalami perhambaan yang sepenuhnya kepada Allah sepertimana yang dialami oleh generasi Al-Quran yang unik.

Dan dari noktah inilah kita kan mrasai nikmat-nikmat Allah.Hubungkanlah segala pancaindera yang ada untuk mengejar keredhaan Allah. Untuk menghubungkan semua ini kita terlabih dahulu perlu menghubungkan hati kita dengan Allah. Kita perlu mempertingkatkan dan menanamkan hubungan itu sedalam-dalamnya ibarat sebuah pokok, jika akarnya kuat pokok itu akan kukuh dan tumbuh melangit..., tetapi jika akar tidak dalam dan kukuh, maka pokok akan mudah digoncang.KEIMANAN perlu ditanam supaya tidak bergoncang.Inilah hakikatnya Noktah Bidayah kita..

" Mengambil Allah sebagai Rabb, mestilah pada masa yang sama mengambil Allah sebagai
Pendidik, Allah mencipta dengan penuh kesempurnaan dan Allah 
memberi peraturan dan sistem" Menerima Allah sebagai pencipta bermaksud menerima
sistem-sistem Allah.~ Hassan Al-Banna