Wednesday, May 26, 2010

Sahabatku semua...Jom kita Saling Bersangka baik

Bismillahirrahmanirrahiim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Assalamualaikum WBT

Muhasabah Iman

Salam ukhuwwah Fillah buat semua sahabat yang sentiasa dirahmati Allah SWT. Apa khabar iman, hati dan kesihatan jasadiah/badan pada hari ini? Moga ianya sentiasa dalam keadaan baik dan barakah Allah SWT. Marilah sama-sama kita panjatkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang tidak pernah putus DIA berikan kepada kita semua...hamba-hamba-NYA. Walau terkadang kita khilaf/tersilap langkah dalam hidup ini, tetapi DIA tidak jemu-jemu memberi peluang kepada kita semua untuk memperbaiki diri, bertaubat kepadaNYA dan berusaha menambah ilmu dan amal demi meraih redha-NYA semata. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda dan para sahabat r.a. Merekalah sumber inspirasi kita dan jalan Qudwah Hasanah kita, insyaAllah, marilah sama-sama kita berazam untuk menjejaki jejak langkah mereka kerana mereka adalah Generasi Al-Quran Yang Unik.

Wahai Mujahidah Kebanggaan Agama
 
Hidup ini indah bila semuanya kerana Allah SWT...dan sememangnya hanya redha Allah SWT yang kita buru dan cari dalam hidup ini. Pada kali ini ana berhajat nak berkongsi dengan semua mujahidah kebanggaan agama tentang suatu perkara yang kadang-kadang kita memandangnya terlalu kecil dan tanpa sedari kadang-kadang kita terjatuh sama ke dalam masalah ini...iaitu berburuk sangka dan menceritakan kelemahan sahabat-sahabat yang pernah bersama-sama dengan kita atau yang berada disekeliling kita.

Mawar Berduri Yang Dikasihi Allah SWT,

 Marilah sama-sama kita renungi firman Allah SWT sebagai peringatan kita bersama.

" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-merendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain: dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. ( Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan( ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya), maka merekalah orang-orang yang zalim"  Al-Hujurat : 11

Allah SWT berpesan dengan tegas dalam ayat ini supaya jangan ada dikalangan kita yang mencemuh, mengata, mengumpat, mengeji, melukakan hati dan memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak disukai.

Firman Allah SWT lagi dalam ayat seterusnya...

" Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang: dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. ( Oleh itu patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah , sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani"  Al-Hujurat : 12

Sahabatku semua...marilah sama-sama kita renungi maksud disebalik ayat-ayatNYA ini. Hari ini kebanyakan daripada kita lebih suka mengambil jalan mudah untuk menyampaikan apa sahaja berita yang dia dengar daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Tanpa diselidiki betul atau tidak. Kadang-kadang kita terdengar orang bercakap di jalanan pun kita sampaikan pada pihak yang lain, dengan begitu mudah, khabar angin tersebar, aib orang dicanang ke merata-rata. Apakah kita tidak takut dan gerun pada ancaman Allah SWT?.

Sirah Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a

Cukuplah peringatan buat kita, marilah sama-sama kita renungi dan muhasabah balik sirah Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a. Bagaimana serikandi mulia ini difitnah, hingga Rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w merasai sama kesannya. Tetapi Allah SWT telah mengangkat kesucian Saidatina Aisyah r.a dengan wahyu yang turun membersihkan segala khabar angin dan fitnah yang dipalitkan kepada beliau.

Apa pengajaran yang boleh kita ambil daripada sirah ini, tak lain tak bukan agar kita kembali kepada punca asal sesuatu masalah yang timbul. Jika sekiranya kita mendengar sesuatu berita, selidikilah dahulu, jangan terus percaya dan menghukum. Jangan kita hanya mendengar sebelah pihak, siasatlah ia dengan penuh saksama dan jujur. Jangan cemari ukhuwwah imaniyah yang kita bina.
***************



Jom...kita buat anjakan Paradigma

Cukuplah hari ini kita terlalu banyak berteori, sibuk membincangkan sesuatu perkara tanpa kita sedari kita termasuk dalam perangkap syaitan dan nafsu yang suka mengata keaiban orang. Tanpa kita sedari, kita sanggup habiskan masa berjam-jam demi menjaga hati sahabat kita untuk mendengar luahan masalahnya...ana tidak mengatakan mendengar luahan sahabat salah, tetapi yang salahnya kita telah membuka keaiban sahabat-sahabat kita. That way, kita sebagai orang mukmin kena jelas matlamat sesuatu perkara yang kita buat hatta nak luahkan masalah pun kena jelas matlamat. Ana ada seorang sahabat yang ana hormat sangat padanya, dialah murobbi ana dunia akhirat. Pernah suatu masa ana berhajat nak luahkan masalah ana padanya, tetapi sebelum ana menceritakan masalah ana, dia bertanya dengan penuh ketegasan, apakah tujuan ana nak ceritakan segala masalah kepadanya?...lantas ana menjawab daripada hati ana, kerana ana ingin mencari solution bagi masalah ana. Alhamdulillah, dia kata jawapan ana betul kerana ada setengah orang saja-saja  nak luahkan/share masalahnya, bagi dia masa kita amat berharga untuk digunakan pada sesuatu yang kita tak jelas kebaikannya...sebab kita bimbang bila kita ceritakan masalah kita tanpa tujuan yang jelas, bimbang terjatuh ke lembah mengumpat dan mengata, wa nauzubillah.

***************


 Jadi, mujahidah solehah sekalian,

Jom kita bangkit bersama-sama, kita bina iman dan ukhuwwah dalam keadaan aman harmoni tanpa ada keraguan terhadap sahabat disekeliling kita. Lebih-lebih lagi jika dia saudara seaqidah-seiman dengan kita. Dahulukanlah bersangka baik dalam apa jua keadaan. Lebih-lebih lagi dalam kita melayari kehidupan di IPT, kita bukan sahaja berhadapan dengan kawan-kawan secara individu, bahkan mungkin juga kita berhadapan dengan pelbagai fahaman / jemaah / persatuan di IPT masing-masing. Dalam hal ini kita tidak ingin menjadi orang yang mengajak kepada kehebatan diri atau kehebatan persatuan/jemaah masing-masing, tetapi kita nak bawa semua orang kepada Allah SWT, kepada kefahaman Iman dan Islam yang syumul. Tidak kira di atas platform / persatuan / jemaah mana sahaja yang kita ikut, yang penting sama-sama kita berazam ingin menjadi seorang Dai'e Ilallah ( orang yang mengajak kepada Allah SWT).

***************



Jom sahabat semua, Kita Satu Hati!

Inilah masanya, kita bina arus kesedaran sama-sama, arus kesedaran Iman dari dalam diri, lantas bangkit membuat perubahan demi mencapai redha Allah SWT. Kita tinggalkan perselisihan yang kecil, sangkaan yang telah merosakkan dan merenggangkan ukhwwah kita...kita hubungkan kembali, kita satu hati menuju maghfirah / keampunan ILAHI. Sama-sama kita campakkan prasangka-prasangka kita selama ini ke lautan yang dalam agar ia tenggelam. Lantas kita tanamkan kembali ukhuwwah Fillah yang suci, didahului dengan husnu zhon/sangka baik dalam setiap keadaan dan situasi.

Apa yang penting!...KERJASAMA
Ya...kita saling bekerjasama mengingatkan diri kita dan orang-orang yang kita sayang disekeliling kita agar hidup dalam REDHA Allah SWT dan bersungguh-sungguh memperbaiki diri. Ayuh!..........

Moga Allah Redha
Al-Faqirah ilallah
~mujahidahmuslihah@yahoo.com~

0 comments: