Thursday, May 27, 2010

Noktah Bidayah ; Langkahku bermula di sini- Halaqoh Cinta-NYA

Bismillahirrahmanirrahiim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, lafaz syukur yang tidak jemu dan sememangnya hanya untukNYA, kerana DIA masih lagi memberi peluang kepada kita semua untuk sama-sama mengkoreksi diri, muhasabah iman dan amal, mengatur langkah seterusnya untuk menjadi Hamba Yang Rabbani...insyaAllah. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , keluarga baginda dan para sahabat/sohabiah r.a. Jangan jemu pasakkan azam tekadkan matlamat untuk menjejaki sirah unggul mereka - Generasi al-Quran Yang unik -.

Buat semua mujahid / mujahidah kebanggaan Agama sekalian,

Kita hanya akan mulia dan tinggi dengan Iman dan Islam yang berpasak dihati dan dibumikan dalam kehidupan kita.

" Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman"       Surah Ali-Imran : 139

Sampai bila kita hanya ingin mengeluh dan merintih dengan kehidupan yang tidak membahagiakan kita,  padahal Allah SWT telah tentukan yang terbaik, cuma kita yang perlu mengkoreksi diri. 

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri" Surah Al-Ra'd : 11

Sudah banyak teori kita dengar di sana sini, sekaranglah masanya untuk kita bangkit memperbaiki diri, mencipta arus perubahan dan melangkah dengan kefahaman yang jelas. 

***************



Secebis perkongsian

Di sinilah langkah ana bermula - KUIS - Bumi yang menyaksikan perubahan yang menbentuk diri ana sekarang. Walaupun pada masa itu ana dah nak masuk final year tapi segala-galanya belum terlambat. Halaqoh cinta-NYA yang setiap minggu ana hadiri di Masjid Al-Azhar KUIS telah membuka dimensi baru dalam hidup ana. Seorang murobbi ana tidak jemu berpesan pada diri ana, " ukhti fillah, if kita nak kebahagian terlakar dalam hidup kita, kitalah yang kena mencetuskan dan memulakan kebahgian itu, jangan mengharap tapi mulakan kerana Allah SWT setiap saat bersamamu" . Ya...kemanisan ukhuwwah itu ialah pada memberi. Lantas ana bangkit untuk merealisasikannya biar apapun dugaan dan cabaran yang datang. Halaqoh cinta-NYA telah memberi impak yang besar dalam perubahan diri ana. Bagi ana jika kita ingin melakukan perubahan azam dan tekad yang kuat, kita kena bergerak untuk membumikannya. Carilah majlis-majlis ilmu yang mendidik jiwa, meningkatkan iman dan menambahkan kefahaman lantas membawa diri kita untuk melakukan anjakan paradigma dengan noktah bidayah yang betul iaitu - Aku Ingin Bewrubah Kerana Allah SWT - dan istiqomahlah.

Ayuh syabab dab fatayat sekalian....

Kita ayunkan langkah perubahan, bila lagi?, Dari mana harus dimulakan?, untuk apa kita lakukan?, dan kerana siapa?... marilah sama-sama kita koreksi diri, tadah tangan, tanyalah IMAN. Islam memerlukan syabab dan fatayat yang mempunyai Himmah yang membara dan Iradah yang tinggi

Jadi, jom kita persiapkan diri kita. Para sahabat / sohabiah di zaman Rasul s.a.w telah membumikanya, kita?...bila lagi.

Apa yang penting...KERJASAMA.

Ya...kerjasama untuk kita lakukan perubahan ini, kerana perubahan yang ingin kita lakukan bukan sahaja perubahan untuk diri kita, keluarga kita, tapi perubahan yang melibatkan UMMAH!

UMMAH hari ini amat memerlukan dan amat menanti huluran dan pautan tangan-tangan yang IKHLAS daripada Murobbi-murobbi yang kuat IMAN dan jelas FIKRAH/ kefahamannya terhadap Islam yang kita anuti pada hari ini. Jangan biarkan UMMAH berada dalam dilema.

Jadi sahabat semua-di sinilah langkahku bermula-Halaqoh cintaNYA- Mujahidah sekalian pula bagaimana?
Jom sama-sama kita menambahkan ilmu, meningkatkan kefahaman dan membumikan ukhuwwah islamiah. Ukhuwwah - nikmat kedua tersebar setelah Iman -

" Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia sungguh-sungguh" Saidina Umar Al-Khattab

Peringatan buat diri ini juga yang sentiasa ingin perbaiki diri dan mengajak orang lain sama-sama.
Moga Allah SWT redha dan menerima sebagai amal soleh di sisiNYA.

Al-Faqirah ilallah
mujahidahmuslihah@yahoo.com

* Jemput datang ke ;

~ HALAQOH CINYA-NYA KUIS (MAHASISWI SAHAJA )
~ DI MASJID AL-AZHAR KUIS( BAHAGIAN ATAS )
~ SETIAP HARI SELASA DAN KHAMIS
~ 5.45 PETANG - 7 .00 PETANG
~ BACAAN MATHURAT, SIRAH, PERINGATAN HATI DAN IMAN
~ ANJURAN; MAJLIS PERWAKILAN MAHALLAH MAHASISWA ( MPMM) KUIS



0 comments: