Thursday, November 26, 2009



TERISTIMEWA BUATMU...SAHIBAHKU FILLAH

Sahibahku tersayang...
Hidup ini penuh Keajaiban
Pertemuan yang tak pernah kita rancang
Apalagi untuk berkasih sayang
Akhirnya menyemai janji
Atas landasan cinta kerana Allah

Sahibahku fillah...
Ku amat bersyukur di atas pertemuan ini
Kerana dengan pertemuan ini
Kita mampu meneruskan
perjuangan Rasulullah yang Mulia
Dan kita mampu memberi peluang
Untuk bersama-sama mengislahkan diri
rela ditarbiyyah dan mentarbiyyah. ..InsyaAllah

Sahibahku dunia akhirat...
Apalah erti hidup ini
Andai tidak dimanfaatkan
Ke jalan yang Allah redhai
Bila ditanya ke mana kita mahu pergi?
Semua menyatakan mahu ke Syurga
Tetapi berapa ramai yang menempah jalan ke neraka?
Nau'zubillahiminzaa lik...

Sahibahku sekalian...
Renungilah.. .insafilah. ..
Betapa hajatnya hati ini pada Tarbiyyah Imaniyyah
Kerana hati ini terlalu mudah lalai
Andai tidak dingatkan tentang Allah Rabbul Jalil
"Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan Iman dalam membina ukhuwwah
ini hanya menghrapkan keredhaanMu. .thabatkanlah dan teguhkanlah hati-
hati kami di atas jalanMu ini.betapa kami insan dhoif lagi lemah tak
terdaya. Moga ukhuwwah yang terbina di dalam halaqoh cinta ini bisa
ketemukan kami di dalam halaqoh cinta di dalam JannahMu
nanti...amiin"

Salam Perjuangan
Salam Mahabbah Fillah
~ k.ina & k.sah ~
17 / 12 / 2006

0 comments: